Bibik Express turut memeriahkan suasana Bazar Rakyat dengan membuka booth khas yang menampilkan pelbagai pilihan rencah dan produk untuk kemudahan pelanggan. Pengunjung berpeluang melihat koleksi produk dengan lebih dekat, mendapatkan penerangan mengenai setiap pilihan serta mencuba sampel yang disediakan sepanjang acara.
Kehadiran Bibik Express di bazar seperti ini memberi peluang untuk berinteraksi secara terus dengan pelanggan dan mendapatkan maklum balas daripada mereka. Dalam suasana yang santai dan meriah, pengunjung juga dapat mengenali Bibik Express dengan lebih dekat serta menemui pilihan rencah yang sesuai untuk kegunaan harian di rumah.

